Bila 3 Waktu Terbaik Untuk Buat Promosi?

Silap masa, promosi binasa, kita terseksa. Bila waktu paling sesuai untuk buat promosi Jawapannya adalah, ketika pelanggan ada duit. Bila? Pelanggan ada duit apabila mereka dapat gaji.

Bila? Pastikan anda tahu bila tarikh gaji penjawat awam, kakitangan kerajaan. Mereka antara penyumbang kepada jumlah pembelian yang besar. Ada laporan berita yang menunjukkan pembelian online rakyat Malaysia sangat tinggi ketika waktu bekerja. Internet di ofis pun kebanyakannya lebih laju.

Tambah lagi kalau menggunakan desktop, insya Allah peratusan yang membeli akan meningkat. Untuk tarikh gaji kerajaan pada tahun 2018, klik di sini. Klik

Buat rancangan berdasarkan tarikh gaji kerajaan ini. Ingat betul-betul tiga waktu ini:

1. Sehari sebelum gaji

2. Semasa hari gaji

3. Sehari selepas gaji.

Ini tiga hari yang paling penting. Buatlah apa-apa sahaja asalkan pelanggan tahu tentang produk kita & mereka segera mahu membelinya.

1. Blast emel.

2. Hantar whatsapp.

3. Buat iklan FB

4. Edar flyers.

5. Apa-apa sahaja cara asalkan pelanggan tahu tentang tawaran kita.

Tiada guna buat promosi paling hebat di alam cakerawala, tetapi tiada pelanggan yang tahu. Beri tawaran meleleh & limitkan masa supaya mereka terasa rugi kalau tidak membeli sekarang juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *