Shopify, Shopee & Shopping. Apa Bezanya?

Jangan tertukar 3 perkataan ini.

Shopify, Shopee & Shopping.

1. SHOPIFY

Sejenis penyedia platform website untuk ecommerce.

Sesuai digunakan untuk yang baru berjinak-jinak dengan ecommerce. Hanya bayar kos bulanan, terus dapat website yang power. Boleh try sendiri, ada 14 hari free trial.

2. SHOPEE

Sejenis marketplace (pasar raya) online untuk membeli-belah.

Ada jutaan rakyat Malaysia yang datang membeli-belah di sini. Semua usahawan online digalakkan untuk buka akaun dan cuba menjual di Shopee.

Tiada kos pendaftaran & prosesnya sangat mudah. Ini tempat yang terbaik untuk belajar tentang ekosistem ecommerce yang lengkap.

3. SHOPPING

Sejenis perbuatan membeli-belah yang boleh berlaku di Shopify atau Shopee.

Kajian Pengguna e-Dagang 2018 (ECS 2018) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), menunjukkan data berikut:

– hampir separuh daripada pengguna tempatan (51.2%) telah menggunakan platform e-dagang ini sebagai pilihan mereka untuk membeli-belah.

– hampir 84.4% bersetuju akan kenyataan bahawa penggunaan pada platform di e-dagang dilihat lebih mudah untuk diakses.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *