
AMARAN: TIADA COURIER YANG AKAN MEMENUHI KEPERLUAN KITA SECARA MUTLAK
Harga murah, tapi sampai lambat.
Hantar cepat, tapi barang rosak.
Harga murah & hantar cepat, tapi tak hantar semua kawasan.
Inilah dilema para peniaga online dan pemain industri ecommerce. Faktor penghantaran dan bila barang akan sampai kepada pelanggan adalah di luar kawalan kita. Pelanggan akan mengecam tanpa belas kasihan dan mengugut untuk viralkan kita sebagai scammer, walaupun barang sudah dihantar tetapi tersangkut lama dengan pihak courier.
Melainkan kita mampu buat penghantaran sendiri kepada pelanggan, jadi berdamailah dengan takdir. Terima hakikat ini supaya stress anda sebagai peniaga online tidak bertambah. Sentiasa cara servis courier yang akan membantu melicinkan urusan bisnes kita.
BERITA BAIK: ADA BANYAK PILIHAN COURIER. GUNA & PILIH COURIER YANG TERBAIK UNTUK BISNES KITA
Pemilihan servis penghantaran sangat penting bagi memastikan barang yang ditempah oleh pelanggan sampai dengan cepat dan selamat.
Rata-rata peniaga online akan mempertimbangkan pelbagai kriteria bagi memilih servis dan syarikat penghantaran yang terbaik bagi bisnes serta pelanggan mereka.
Antara kriteria utama pemilihan courier adalah:
- Harga yang murah
- Penghantaran yang cepat
- Servis yang cekap dan selamat
- Ada tracking number
- Lokasi berdekatan dan banyak cawangan
- Kawasan penghantaran yang besar dan menyeluruh
- Sistem yang mudah digunakan
- Khidmat pelanggan yang mudah dihubungi
- Waktu penghantaran fleksibel
- Cara bayaran kredit ataupun prepaid
- Lain-lain servis tambahan yang disediakan
SENARAI COURIER DI MALAYSIA
- Poslaju
- DHL
- Aramex
- GDex
- After 5
- Ninja Van
- City Link
- J&T Express
- Nation Wide
- ABX
- Ta-Q-Bin
- Skynet
- Line Clear
- FedEx
SAME DAY DELIVERY
CASH ON DELIVERY
ON DEMAND DELIVERY
PENGHANTARAN BARANGAN BERAT (HEAVY ITEMS DELIVERY)
PICK UP POINT & PARCEL LOCKER
SENARAI EJEN & PENYEDIA SERVIS COURIER (COURIER AGGREGATOR)
TEMPERATURE-CONTROL REFRIGERATED DELIVERY
TIP MEMILIH SYARIKAT COURIER YANG TERBAIK
1. Pilih courier yang paling dekat dengan tempat kita.
Jangan bazirkan masa dan kos tambahan untuk berulang-alik ke pejabat courier yang jauh daripada pejabat atau rumah kita. Itu semua adalah kos yang tersembunyi.
2. Pilih courier yang paling banyak cawangan di seluruh Malaysia.
Kenapa? Courier yang ada banyak cawangan akan membuat penghantaran yang lebih cepat & kerap. Kawasan penghantaran juga lebih meluas dan posmen akan masuk ke kawasan felda, kampung terpencil dan kawasan pedalaman.
Pelanggan juga mudah untuk ke pejabat courier untuk ambil sendiri barang mereka jika ada penghantaran yang gagal dibuat terus ke rumah pelanggan.
3. Pilih courier yang boleh buat pick up ke tempat kita.
Jangan malu untuk bertanya. Kebanyakan courier menyediakan servis pick up terus ke rumah atau pejabat kita. Lebih-lebih lagi jika jumlah parcel yang mahu dihantar sangat banyak.
Jika kita membuka akaun rasmi dengan mana-mana pihak courier, servis pick up memang disediakan dengan syarat minimum perlu ada 3 – 4 parcel untuk dihantar atau ada caj yang minimum.
4. Pilih ejen atau penyedia servis yang sediakan banyak pilihan courier dan perbandingan harga.
Sekarang, ada banyak penyedia servis yang menjadi ejen kepada pelbagai pihak courier. Kita boleh pilih sendiri mahu guna courier mana selepas membuat perbandingan harga dan masa penghantaran.
5. Pilih courier yang akan telefon atau SMS pelanggan sebelum buat penghantaran.
Ini adalah kriteria terkini yang menjadi pilihan ramai. Pelanggan tak perlu menunggu ketibaan abang posmen sepanjang hari di rumah. Ada juga yang tak sempat bersiap untuk buka pintu, tetapi abang posmen sudah berlalu pergi.
Jika ada panggilan telefon atau notifikasi dihantar lebih awal pada hari penghantaran akan dibuat, pelanggan akan bersedia menunggu barang di rumah.
BONUS: Cara Untuk Semak Harga Courier di Malaysia
Tahukah anda, cara paling cepat dan mudah untuk semak harga semua syarikat courier di Malaysia adalah dengan menggunakan Delyva!
Delyva merupakan platform kurier & delivery #1 di Malaysia dan bantu anda buat perbandingan harga dan pilih courier dalam masa 5 minit sahaja!
RUGI TAK BUAT. INI TIP YANG RAMAI PENIAGA ONLINE JARANG AMALKAN.
- Buka akaun rasmi dengan pihak courier.
Masih ramai peniaga online yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk hantar barang. Jangan kedekut untuk buka akaun rasmi dengan courier pilihan anda. Ada courier yang mengenakan deposit untuk buka akaun, tetapi banyak juga yang tidak kenakan deposit.
Kenapa perlu buka akaun rasmi?
Banyak kelebihannnya.
- Kita akan dapat diskaun dan harga yang lebih murah berbanding harga di kaunter.
- Servis pick up di rumah atau pejabat kita disediakan.
- Bungkusan pos (flyers) biasanya diberikan percuma.
- Boleh dapat kemudahan kredit dan runding harga yang lebih murah jika prestasi akaun bagus.
2. Jangan setia dengan satu courier sahaja.
Bergantung pada satu courier sahaja boleh menjadi ancaman dalam bisnes. Pihak courier boleh naikkan harga pada bila-bila masa dan ini akan menaikkan kos kita. Kualiti servis courier juga ada turun naiknya, lebih-lebih lagi waktu puncak promosi dan perayaan umum.
Servis bagi setiap courier juga adalah berbeza mengikut cawangan atau negeri. Courier yang laju di Lembah Klang, tidak semestinya mempunyai staf yang cekap di negeri yang lain.
Ada banyak akaun dengan pelbagai courier juga satu kelebihan. Kita boleh minta courier yang lain berikan harga yang lebih murah daripada pesaingnya.
3. Jaga hubungan dengan account manager.
Account manager adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan servis baru dan menjadi wakil kita untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
Isu khidmat pelanggan atau isu teknikal juga lebih mudah diselesaikan dengan bantuan account manager pihak courier.
4. Sentiasa minta harga yang murah dari masa ke masa.
Tak rugi kalau mencuba. Tak minta, pasti tak dapat. Sentiasa semak bayaran bulanan dan komitmen kita dengan pihak courier.
5. Sentiasa cuba servis atau syarikat baru.
Syarikat courier dan servis yang baru sentiasa bertambah setiap masa. Mereka akan berperang harga untuk berebut pelanggan dan penguasaan pasaran. Gunakan peluang ini dan ambil kesempatan untuk keuntungan bisnes kita.