Pembeli Online Tak Suka Menunggu Lama

Ini antara data penting dalam ecommerce:

  1. Pembeli online bersifat responsif & tak suka menunggu.
  2. 75% pembelian berlaku pada hari yang sama.
  3. 10% pembelian berlaku selepas 28 hari.

Kalau kita tak berjaya yakinkan pelawat website untuk serahkan duit kepada kita pada hari pertama promosi dijalankan, peratusan untuk transaksi pembelian berlaku menjadi rendah.

Ini data yang diekstrak daripada google analytics bagi website jualan buku.

Namun, jangan bimbang.

Dengan kuasa ecommerce, ada satu ilmu ghaib yang dipanggil sebagai REMARKETING.

Sekali pelawat (prospek) ini sampai ke website kita, maka iklan & promosi produk kita akan mengikut dia ke mana-mana website yang dia buka.

Remarketing ini boleh menghantui & merasuk minda prospek supaya akhirnya dia membeli dengan kita.

Satu lagi teknik yang setaraf dengan remarketing, tapi tak berapa nak seksi namanya adalah, FOLLOW UP.

Sebab itulah masih ada pembelian boleh berlaku walaupun selepas berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun selepas pelawat ini sampai ke website kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *