Panduan Memulakan Bisnes Ecommerce Yang Paling Mudah

1. Cara paling mudah untuk mulakan ecommerce adalah dengan membuka akaun sebagai penjual di Lazada, Shopee & 11street.

Ini adalah 3 gergasi yang paling popular di Malaysia & ada jutaan pembeli setia.

Jangan fikir, buka sahaja akaun di ketiga-tiga tempat ini. Kerja kita adalah upload produk & proses order yang masuk.

2. Seterusnya, buka kedai sendiri di Facebook page.

Upload dulu seberapa banyak produk jualan & kongsikan tip-tip yang berkaitan. 10 post jualan & tip sudah memadai. Kemudian baru promosikan page, minta kawan-kawan tekan like.

Jangan fikir, terus laburkan minimum RM10 untuk buat FB ads yang pertama. Ulang lagi & buat sehingga 10 iklan FB ads.

3. Matlamat awal adalah untuk dapatkan order & jualan yang pertama di Lazada, Shopee, 11street & FB page secepat yang mungkin.

4. Perkara yang paling penting adalah, BUAT DUIT dulu.

Jangan fikir tentang branding, kos operasi, staf, masa depan & sebagainya. Sia-sia sahaja berfikir tanpa sebarang tindakan.

5. Kesimpulannya, panduan ecommerce yang paling mudah adalah;

BUAT DULU, FIKIR KEMUDIAN.

BUAT DUIT DULU, FIKIR BISNES KEMUDIAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *