Naikkan Sales Dengan Abandoned Cart Reminder

Ilmu saka apa pula abandoned cart reminder ni? Bayangkan kita ada kedai. Ada pelanggan yang masukkan barang dalam bakul, tapi dia tak jadi beli. Bakul itu pula ditinggalkan begitu saja & dia terus keluar dari kedai kita.

Kita pun panas hati la kena simpan balik bakul & kembalikan semula barang ke rak. Esok, pelanggan itu datang semula dan tanya kita, bakul & barang yang dia tinggalkan semalam ada di mana. Dia nak beli.

Alamak. Apa mahu jawab? Lagi panas hati ada la kan.

Rileks boh. Dengan kuasa ecommerce, benda gini jadi mudah belaka. Ecommerce ada fungsi abandoned cart.

Kita tahu siapa yang buat order, apa yang mahu dibeli & berapa lama dia abaikan ordernya tanpa sebarang bayaran. Selepas baca bismillah, dengan satu klik, kita hantar jin ecommerce yang bernama ABANDONED CART REMINDER untuk ingatkan pelanggan ini supaya buat bayaran dengan segera.

(Fungsi ini boleh diautomatikkan. Tak perlu klik lagi selepas ini.)

Disebabkan bulan Ramadan hampir tiba, kita pun baik hati berikan lagi kupon tambahan diskaun sekiranya pelanggan ini buat bayaran sekarang juga. Pelanggan pun teruja dapat tambahan diskaun, lalu terbuka hatinya untuk buat bayaran.

Alhamdulillah. Mujur ada ecommerce.

Fakta ecommerce:

1. Purata berlakunya abandoned cart sangat tinggi, 70%. Betapa ruginya jika abandoned cart ini tidak ditukar menjadi duit.

2. Alasan paling popular untuk abandoned cart adalah, “Saya tengok-tengok ja. Tak rasa nak beli lagi.”

3. Faktor utama yang menyebabkan abandoned cart adalah kos penghantaran atau cukai yang tinggi.

Hubungi pelanggan, berikan sebab & tawaran supaya mereka mahu bayar sekarang juga. Beralih kepada ecommerce & gunakan fungsi abandoned cart reminder.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *