Mustahil Atau Tidak? Seorang Staf Boleh Jaga 10 Buah Kedai?

Kalau ada 10 buah kedai, perlu ada 10 orang staf untuk jaga setiap satu kedai.

Kalau ada 10 buah kedai, perlu ada 10 stok untuk diletak di setiap kedai.

Ini adalah logik bisnes cara lama.

Dengan kuasa ecommerce, seorang staf boleh jaga banyak kedai dalam satu masa.

Bukan saja jaga kedai, nak proses order & layan customer pun mudah.

Pengurusan inventori & stok juga menjadi sangat senang.

Apabila satu barang diletak di kedai no. 1, barang yang sama ini akan muncul secara automatik di kedai-kedai yang lain.

Apabila satu barang dibeli di kedai no. 1, kuantiti di kedai-kedai lain juga akan berkurangan secara serentak.

Tak perlu ada lori untuk hantar stok ke lokasi kedai yang berbeza.

Tak payah pening kedai ini sudah habis stok, tetapi kedai sana ada banyak lagi yang tak terjual.

Kena ada ilmu ghaib atau bela jin ke untuk buat semua ini?

Tak.

Dengan fungsi MULTI STORE, semua ini adalah perkara biasa.

Inilah kuasa ecommerce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *