Kenapa Buat Flash Sale?

Flash Sale ini boleh juga dipanggil jualan kilat atau jualan petir.

Suka-suka hati mahu guna Flash Sale untuk buat derma kilat, jualan gudang, pesta lelong atau jualan simpati solidariti pun tiada masalah.

Nak tukar istilah lain pun boleh, tiada implikasi rosak akidah pun kalau tersalah guna istilah ini.

Maksud umum Flash Sale adalah “jual pada harga tak masuk akal, dalam masa yang singkat , dengan kuantiti yang terhad.”

Tujuan Flash Sale:

1. GULA-GULA

Ini sebagai gula-gula atau umpan untuk tarik pengunjung datang ke kedai atau website.

Gula-gula boleh gembirakan kanak-kanak. Flash sale boleh gembirakan hati pelanggan.

Nanti boleh selitkan promosi & produk lain yang berkaitan. Buat upsell untuk tambah nilai jualan.

2. LOSS LEADER

Beberapa produk terpilih dijual pada harga yang sangat rendah. Kadang-kadang dijual lebih rendah daripada harga kos.

Pembeli biasanya akan beli produk flash sale dan tambah lagi dengan produk lain.

Peniaga rugi pada produk flash sale, tetapi untung pada produk lain.

3. STRESS TEST

Website ecommerce perlu buat stress test untuk lihat kapasiti & kemampuan sebenar server.

Bila ada flash sale, boleh lihat berapa bilangan user yang mampu ditanggung secara serentak & bilangan transaksi yang berjaya sebelum website crash.

4. HADIAH UNTUK PELANGGAN

Pelanggan adalah nadi & aset untuk semua bisnes. Selain beri hadiah atau barang percuma, buat Flash Sale adalah satu cara yang berkesan untuk gembirakan pelanggan. Yang tak berjaya merebut stok Flash Sale, mohon bersabar ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *