
Beberapa idea startup yang menarik di Innovex, Taipei.
Yang hebatnya, idea ini sudah direalisasikan ke alam nyata.
Idea tiada sebarang nilai selagi tidak dilaksanakan.
1. Scorista:
Menggunakan analisis big data untuk menentukan sama ada seseorang itu layak atau tidak menerima pinjaman. Fokus kepada institusi pinjaman wang swasta, bukan bank.
2. Lab4u:
Mendemokrasikan pendidikan dengan menyediakan aplikasi makmal untuk sains, fizik, kimia & sebagainya. Aplikasi ini dapat menggantikan peralatan makmal yang mahal beratus-ratus ribu nilainya.
3. Medifi:
Medium untuk doktor & pesakit berhubung secara online. Temu janji, konsultansi & preskripsi ubat juga secara online. Caj ditentukan oleh doktor selepas setiap sesi berakhir.
4. Add An Ad:
Konsep airbnb untuk menghubungkan pengiklan dengan pemilik tempat yang ada ruangan kosong untuk dijadikan ruang iklan.
5. Snipe:
Marketplace untuk pekerja pejabat dengan visi mahu menggembirakan pekerja & meringankan beban syarikat. Sediakan diskaun, promosi dan penghantaran terus ke pejabat.