Ecommerce Tak Perlu Ada Website Sendiri?

Ini adalah bukti kita tidak perlu memiliki website sendiri untuk menjadi usahawan ecommerce.

300 – 400 order seminggu hanya di Shopee & Lazada.

1. Usahawan ini hanya buka akaun di Shopee & Lazada.

2. Tiada website & tak layan order whatsapp.

3. Jual telekung solat, brooch & baju perempuan.

4. Hanya 3 – 4 orang sahaja yang uruskan semua ini. Suami isteri & adik-beradik.

5. Tak perlu tulis alamat, tak perlu pening melayan whatsapp, tak perlu reka skrip close sale & tak perlu gebang lebih. Hanya perlu proses order sahaja.

6. Tiada kedai. Stok hanya disimpan dalam rumah sahaja. Kawasan mereka terpencil di ceruk kampung, bukan kawasan bandar. Asalkan ada internet itu sudah cukup.

7. Mereka memiliki sebuah lori untuk uruskan penghantaran stok. Pihak courier terpaksa minta mereka hantar barang ke drop-off berdekatan kerana akses untuk masuk ke rumah mereka agak jauh.

Inilah ecommerce.

Buka akaun di marketplace adalah ecommerce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *