Domain Name: Beli Dulu, Fikir Kemudian

BELI DULU, FIKIR KEMUDIAN. Ini perkara paling penting dalam ecommerce.

Beli domain name dulu, fikir buat website kemudian. Ini lebih penting daripada tak beli, dan akhirnya menyesal tak sudah.

Bila dibawakan keranda, barulah air mata bercucuran. Keluar air mata darah sekalipun tidak dapat mengubah apa-apa kalau anda tak beli domain name sekarang. Anda mungkin terpaksa bayar berpuluh-puluh ribu ringgit, bahkan berjuta-juta ringgit untuk dapatkan domain name yang harga asalnya hanya semurah RM50 sahaja.

FashionValet terpaksa beli domain fashionvalet .com pada harga hampir RM50,000

Tesla terpaksa beli domain tesla .com pada harga jutaan ringgit. Harga sebenar tidak didedahkan kepada umum.

Facebook terpaksa beli domain facebook .com pada harga lebih RM700,000

Lebih dahsyat lagi, Facebook terpaksa beli domain fb .com pada harga lebih RM32,000,000

Ya, TIGA PULUH DUA JUTA RINGGIT.

Sayang seribu kali sayang. Ada beratus-ratus ribu follower Facebook & Instagram, tapi tak beli domain name. Alangkah ruginya. Buat sales berjuta-juta menerusi whatsapp, tapi tak beli domain name. Aduhai, malangnya nasib. Brand & muka founder sudah muncul di billboard, tapi tak beli domain name.

Penat-penat fikir nama & jenama bisnes, tapi akhirnya menjadi milik orang. Tahukah anda, betapa ramai manusia & broker yang mengintai-intai jenama bisnes anda. Mereka beli domain name ikut jenama anda & menunggu masa sahaja untuk dijual semula pada harga beribu-ribu ringgit.

Mereka tak salah. Mereka cepat bertindak & bijak mengambil peluang. Sesiapa sahaja yang rasa namanya sangat berharga & jenama bisnesnya amat bernilai, belilah domain name sekarang juga.

Beli dulu, fikir kemudian. Tak beli, pasti menyesal.

1. Beli domain dotcom dulu.

2. Kemudian beli domain dotcomdotmy atau dotmy.

Atau tunggu sahaja & jangan buat apa-apa. Biar orang lain beli dulu & anda terpaksa bayar beribu-ribu ringgit kepada mereka.

Pilihan di tangan anda. Klik dan beli domain name anda sekarang juga. Beli di sini.

Beli dulu, fikir kemudian.
Tak beli, pasti menyesal.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *