Cara Urus Stok Jualan Online, Kedai & Borong.

Pengurusan stok yang tidak sistematik adalah bencana & malapetaka bagi sesebuah bisnes. Jangan tambah sakit kepala anda dengan keadaan stok yang berserabut. Cuba praktikkan cara berikut untuk mengurus stok & inventori anda.

1. Asingkan stok online & offline ikut peratusan rekod sales yang lepas.

Kalau sales online & offline sama banyak, stok bahagi dua.

2. Untuk stok online, gunakan website shopping cart.

Kenapa?

Dapat tengok real time stock. Apa yang ada di website, itulah stok yang ada untuk dijual.

Dengan menggunakan shopping cart juga, kita boleh set supaya dapat auto notification bagi stock level yang rendah atau sudah habis.

Mana-mana order yang tak dibayar, batalkan dalam masa 2-3 hari supaya stock level online yang sebenar sentiasa tepat.

3. Stok borong & jualan online boleh juga diletakkan dalam satu website shopping cart yang sama.

Kalau ejen nak tengok stok, minta dia tengok di website.

Apa yang ada di website, itulah stok yang ada. Transaksi online akan tolak stok secara automatik.

Kalau transaksi offline berlaku, terus tolak stok dalam website sebelum terima bayaran.

Untuk ejen yang datang ambil stok secara offline, jangan main bagi stok ikut kiraan stok fizikal.

Perlu bagi ikut baki stok yang ada stok dalam website.

4. Untuk bisnes besar & stok banyak, sesuai pisahkan stok kepada stok borong, stok showroom (kedai) & stok online.

Biasanya kena pisahkan sistem untuk ketiga-tiga inventori ini. Sistem yang berasingan lebih baik & tersusun.

5. Kena ada SOP yang jelas untuk proses keluar masuk stok.

6. Wajib ada seorang person in charge yang betul-betul jaga stok inventori.

7. Jangan tiru bulat-bulat cara di atas.

Sesuaikan ikut operasi bisnes, kemampuan kewangan & keperluan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *