
Sampai sekarang tak ada website dan belum mula bisnes ecommerce?
Memulakan sesuatu adalah perkara yang sukar. Tak berani dan tak ada ilmu adalah alasan yang paling biasa. Tahu terlalu banyak juga menjadikan kita bingung untuk memulakan yang mana satu dahulu. Akhirnya, tiada apa yang berlaku dan tiada apa yang dimulakan.
Jadi, jangan buang masa untuk tahu semua benda. Jalan terus, buat sampai jadi. Berikut adalah 4 cara yang paling murah & mudah untuk memulakan bisnes ecommerce.
1. Buka akaun sebagai penjual di Shopee
Kenapa Shopee? Selain Lazada, Shopee adalah gergasi yang paling popular di Malaysia & ada jutaan pembeli setia. Tiada bayaran dikenakan untuk buka akaun penjual. Prosesnya juga sangat mudah dan boleh dibuat menerusi smartphone sahaja.
Jangan fikir, terus buat & mulakan sekarang. Download apps Shopee di smartphone anda dan ikut langkah demi langkah untuk buka akaun di sini. Klik
Ikut sahaja arahan satu per satu dan cuba upload apa-apa sahaja untuk dijual sebagai percubaan.
2. Buat Facebook Page untuk syarikat atau produk jualan
Klik di sini untuk buat Facebook Page anda yang pertama. Klik
Jangan buang masa untuk fikir terlalu lama apa yang mahu diisi page tersebut. Upload dulu seberapa banyak produk jualan & kongsikan info yang berkaitan. 10 post, gambar atau harga jualan sudah memadai. Kemudian promosikan page. Jangan malu dan jangan segan, minta kawan-kawan tekan like.
3. Beli barang murah dan jual kembali dengan harga lebih mahal
Akaun Shopee dah buka, Facebook Page pun sudah siap. Tetapi tak tahu nak jual apa?
Buka mata dan tengok sekeliling anda. Ada banyak benda yang boleh dijual. Ada buku yang sudah dibeli tapi belum dibaca? Upload dan terus jual. Ada barang yang sudah lama tak digunakan tetapi masih elok? Upload dan terus jual.
Paling teruk pun, kalau tiada apa-apa di rumah anda yang boleh dijual, terus pergi ke kedai RM2 ataupun D.I.Y. Pilih barang yang dirasakan paling mudah nak dijual. Kalau tak tahu, jangan malu untuk tanya dengan pekerja di kedai tersebut. Beli satu, upload dan terus jual. Letak harga jualan RM3 – RM5 lebih mahal daripada harga yang kita beli.
4. Beli domain & hosting paling murah untuk buat website ecommerce
Sudah ada produk dan memang sudah ada bisnes? Jangan bertangguh dan jangan fikir lagi. Beli domain name anda dan pilih hosting yang paling murah. Kosnya kurang dari RM300. Beli di sini. Klik
Download wordpress dan terus buat website anda sendiri.
Kalau pening dengan isu teknikal hosting, boleh pilih untuk buka akaun Shopify. Tak perlu bayar apa-apa kerana anda dapat tempoh percubaan percuma selama 14 hari. Klik
Masih ragu-ragu untuk bertindak dan memulakan bisnes ecommerce? Tarik nafas dan hayati pesanan ini.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (Surah Ar-Ra’d: 11)
Baca bismillah, jalan terus. Buat sampai jadi.