Cara Mudah Korek Rahsia Pesaing

Nak korek rahsia pesaing anda?

Nak tahu cara mudah dapatkan info mengenai mana-mana website? Tak perlu bayar ribuan ringgit kepada saya untuk tahu rahsia ini. Maklumat sulit bernilai jutaan ringgit ini saya nak bagi percuma sahaja. 🙂

1. Sembang kencang ja founder tu. Katanya berjuta-juta orang melawat website dia. Betul ke?

Nak tahu berapa jumlah trafik / pengunjung bulanan website?

Gunakan similarweb.com

Masukkan nama domain, terus boleh tahu trafik bulanan & masa pengunjung habiskan di website. Siap boleh bandingkan dengan website lain lagi.

2. Kau guna Facebook je ke untuk buat promosi? Guna email marketing tak?

Ala, platform marketing mana yang paling berkesan untuk website pesaing pun kita boleh tahu. Guna similarweb.com juga

Sumber trafik utama, platform marketing & keywords yang pesaing gunakan pun boleh cek di sini.

3. Cantiklah website dia. Macam-macam fungsi ada. Dia buat website guna apa ya? Aku pun nak tiru.

Nak tahu platform website apa yang digunakan? Mudah sahaja. Cek di whatcms.org

Dah tahu platform apa, tapi masih tak tahu nak buat website? Baik, boleh upah saya. Harga boleh runding. 🙂 Ada training & support eksklusif lagi.

4. Nak tahu payment gateway apa yang digunakan?

Mudah juga. Cubalah test buat pembelian. Masa checkout nak bayar, muncul la maklumatnya.

5. Kencang bisnes dia. Berapa agaknya sales bulanan dia?

Aduh. Sales bulanan orang pun nak korek juga ke? Mudah ja. Tanya terus. Itu sahaja caranya. Pandai-pandai la korek rahsia.

Menggunakan sumber percuma di atas, kita boleh tahu lebih banyak tentang pesaing kita. Banyak benda yang boleh dipelajari & diaplikasi untuk kembangkan bisnes sendiri.

Akhir sekali, jangan fokus pada persaingan. Takutnya sibuk bersaing sampai terlupa layan pelanggan sedia ada. Kononnya mahu bersaing, akhirnya terus ketinggalan.

Fokus pada kekuatan sendiri. Jalan terus…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *