Cara Kurangkan Masalah Order

Antara cabaran paling besar ecommerce adalah untuk memproses order pelanggan dengan cepat & tepat. Bila nak cepat, kesilapan biasanya akan terjadi. Lebih-lebih lagi untuk produk buku yang ada berpuluh-puluh tajuk yang hampir sama.

Untuk kedai buku online, kesilapan yang biasa berlaku adalah:

1. Tajuk buku tersilap
2. Kuantiti buku tidak cukup
3. Ada muka surat yang kosong
3. Buku rosak pada bahagian cover & tepi buku

Proses kerja (SOP) untuk memproses order perlu disediakan untuk meminimumkan masalah ini. Tampal SOP yang bergambar di tempat staf memproses order.

Penanda aras (KPI) pula ditetapkan supaya jumlah keseluruhan masalah order adalah kurang daripada 1%. Sekiranya masalah melebihi 1%, buat semakan & cari cara untuk kurangkan masalah ini.

Invois & packing slip juga boleh dimasukkan dengan gambar produk untuk memudahkan semakan dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *