
Antara waktu terbaik untuk hantar email promosi adalah pukul 10 pagi – 4 petang ketika waktu pejabat.
Malam-malam jangan hantar email. Lebih baik baca buku.
Kenapa?
Ada laporan berita yang menunjukkan pembelian online rakyat Malaysia sangat tinggi ketika waktu bekerja.
Internet di ofis pun kebanyakannya lebih laju.
Tambah lagi kalau menggunakan desktop, insya Allah peratusan yang membeli akan meningkat.
Masih ada stigma pembeli online yang tidak yakin kalau buat pembelian menerusi telefon (mobile).
Mobile interface payment gateway juga kebanyakannya tidak mesra pelanggan.
Namun, jangan abaikan ciri-ciri website yang mesra mobile.