Berdosakah Jual Murah?

Ini isu sensitif, boleh mengakibatkan perang & pertumpahan darah.

Isu apa?

Isu DISKAUN, LELONG, dan JUALAN MURAH.

Perdebatannya akan berterusan selagi langit belum runtuh & selagi kiamat belum berlaku. Sensitifnya pula kepada semua pihak, sama ada pelanggan mahupun peniaga.

Harga runtuh, bukan petanda syarikat runtuh.
Pesta lelong, tidaklah menjatuhkan nilai dagangan.
Tabur diskaun, tiada terhina akan sesiapa.

Asalkan strategi itu tidak bertentangan dengan al-quran & hadis, buatlah. Kemudian, lihat penyata untung & rugi syarikat.

Ikut hukum itu kewajiban, atur strategi itu kebijaksanaan.

Rancang dengan teliti, buat sepenuh hati, supaya tiada pihak yang perlu mati.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *