Berapa Modal & Kos untuk Buat Website Ecommerce?

Ada beberapa pilihan ikut bajet & citarasa masing-masing untuk menentukan modal & kos untuk website ecommerce. Ini sebagai panduan umum sahaja.

1. ZERO KOS

– Join marketplace: Shopee & Lazada paling mudah. Carousell juga sesuai untuk bermula.

– Produk jualan pula ambil secara dropship. Tak perlu beli & simpan stok.

– Buka akaun Billplz (tiada caj). Gunakan fungsi payment form untuk buat jualan.

2. MINIMUM KOS PERMULAAN (SELF-HOSTED)

– Kos dalam RM150 sahaja. Kos permulaan: domain RM50, hosting RM100

– Guna wordpress + woocommerce. Ini paling popular. Mahu cuba Open Cart juga boleh.

– Belajar sendiri guna Google & Youtube. Kelas website, purata harga RM300 – RM1,000

3. MINIMUM KOS BULANAN (HOSTED)

– Serendah RM50 – RM500 sahaja. Perlu bayar setiap bulan atau tahunan.

– Guna sahaja pakej sudah siap. Hanya perlu drag & drop sahaja. Tak perlu pening pasal hosting & server.

– Pilihan popular: Easy Store, Avana, Sitegiant, Webshaper, Shopify

4. TAK PAYAH PENING, UPAH ORANG BUAT

– Harga single landing page / minisite bermula RM1,000 & ke atas

– Harga website ecommerce + shopping cart bermula RM2,500 & ke atas
Price calculator untuk buat website boleh tengok di sini:

https://www.lamanweb.com/price

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *