Belajar Daripada Jack Ma

Antara kata-kata Jack Ma yang menarik:

1. Jangan sesekali menipu orang lain dalam urusan perniagaan ataupun dalam hidup. Pada tahun 1995, saya ditipu oleh 4 syarikat yang kini sudah tidak wujud lagi. Syarikat yang menipu tidak boleh bertahan lama.

2. Adakah saya suka persaingan? Ya. Persaingan memberi peluang kepada kita mempertingkatkan kualiti diri dan menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, ia akan menyebabkan pesaing kita naik darah. Pejuang yang marah bukan pejuang yang bagus.

3. Kami tidak bersaing dengan Amazon kerana kami mempunyai model perniagaan yang berbeza. Amazon membeli dan menjual. Manakala Alibaba adalah sebuah platform. Kami percaya semua syarikat boleh menjadi seperti Amazon. Sekiranya Amazon adalah sebiji epal yang besar, Alibaba pula adalah pokok epal. Kami mahu melihat setiap syarikat menjadi syarikat e-dagang dan kami mahu lebih banyak syarikat berjaya seperti Amazon.

4. Kritikan daripada pihak media, pengulas di internet dan para pelabur bukanlah kebimbangan kami. Lebih baik kami fokuskan pada maklum balas para pengguna dan ahli perniagaan yang lain. Sekiranya maklum balas mereka negatif, kami akan gulung tikar.

5. Idea buruk adalah okey. Kami tidak takut pada idea buruk, tetapi kami lebih takut sekiranya tiada idea langsung. Kita tidak boleh takut untuk bertindak menyelesaikan masalah semasa dan masa depan.

Nak lagi mutiara ilmu & nasihat daripada Jack Ma?

Boleh beli buku di Bookcafe.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *