Barang Kena Rampas Semasa Membeli Secara Online

Bila beli di kedai, barang yang dimasukkan dalam bakul atau troli akan jadi hak kita buat sementara.

Siapa cepat AMBIL, dia yang DAPAT.

Tiada pelanggan lain boleh ambil walaupun itulah satu-satunya stok terakhir yang ada.

Bawa ke kaunter & bayar, jadilah ia milik kita secara sah.

Kalau tak jadi beli, tinggalkan sahaja dalam bakul & ada staf yang akan disusun balik untuk dijual semula.

Namun, perkara ini tidak terjadi untuk pembelian secara online. Sistemnya sedikit berbeza.

Berjaya “ADD TO CART” tidak bermakna barang itu sudah jadi hak kita. Akan ada situasi barang yang kita add to cart hilang semasa hendak bayar.

Lebih-lebih lagi semasa berebut stok terhad Flash Sale. Ramai yang mengadu dah berjaya “add to cart”, tapi barang hilang atau sudah habis semasa nak bayar.

Untuk pembelian online, SIAPA CEPAT BAYAR, DIA YANG DAPAT.

Add to cart sahaja belum bermakna stok itu kita yang punya.

Tambahan:

Sistem tempahan tiket secara online sedikit berbeza. Kita diberi tempoh menunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk selesaikan isi maklumat dan buat bayaran.

Dalam tempoh itu, tiket yang kita tempah tidak boleh direbut oleh orang lain.

Kalau ada lain-lain sistem pembelian online, boleh kongsikan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *