About

Kayomu ditubuhkan untuk membantu para usahawan mengembangkan bisnes dengan ecommerce & digital marketing. Dengan menggunakan website ecommerce & integrated digital marketing, bisnes dapat diautomatikkan untuk menjana lebih banyak keuntungan. Semuanya menjadi lebih mudah & sistematik.

BIODATA

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi kedai buku online, Bookcafe.com.my (BOOKCAFE)

Setelah mendapat diploma kejuruteraan elektrikal dalam Bahasa Jepun di Universiti Selangor, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Tokyo University of Technology, Jepun.

Bidang pengkhususan beliau adalah sains komputer & e-dagang. Beliau mempunyai 7 tahun pengalaman dalam industri penerbitan & jualan buku.

Pada tahun 2011, beliau mula berkhidmat sebagai editor perolehan di syarikat penerbitan yang terkemuka di Malaysia, iaitu PTS Media Group Sdn. Bhd.

Di unit editorial, beliau menguruskan penerbitan & penterjemahan karya bestseller luar negara seperti buku Rich Dad Poor Dad, Permission Marketing, Eat That Frog & Chicken Soup for the Soul.

Bermula dari unit editorial, kemudian berpindah ke unit pemasaran, dan terkini beliau mengendali unit ecommerce, jualan buku secara online di BOOKCAFE.

3 anugerah berikut menjadi perangsang untuk terus berjuang & mencipta kejayaan yang lebih hebat.

1. Top 10 Malaysia’s Top Ecommerce Merchant Award
2. Top 10 SMEs by Local GMV
3. Top 3 Achievers in Books & Media Category

Jangan terperangkap dengan kejayaan silam. Terus bangkit jangan tenggelam.

Banyakkan membaca buku & teruskan belajar sepanjang hayat.