
AUTOMATIK.
Inilah sebabnya. Supaya banyak proses yang sama & berulang boleh diautomatikkan. Order boleh diterima & dibayar pada bila-bila masa. Tak perlu cek bayaran satu per satu, hanya perlu print order & terus cari buku yang diorder. Nasib baiklah belum ada robot. Kalau tak, robot yang tolong proses order secara automatik. 🙂
Kebiasaannya, 80% order di website ecommerce dibayar menerusi payment gateway. Hanya 20% sahaja yang masih pilih bayaran secara manual. Penerimaan order, pengesahan bayaran, semuanya sistem yang buat secara automatik. Setiap order pula ada nombor masing-masing, lengkap dengan maklumat pembeli.
Ecommerce ini mudah untuk customer. Customer boleh membeli-belah di website & membuat bayaran tanpa ada staf yang perlu berjaga, melayan sampai ke tengah malam. Tak perlu tunggu staf balas pertanyaan tentang kuantiti stok & tak perlu tanya nombor akaun bank untuk masukkan bayaran.
Ecommerce ini mudah untuk staf. Kerja semakan bayaran sudah dikurangkan. Hanya perlu semak order yang dibayar dengan pilihan manual transfer sahaja. Boleh fokus pada isu customer services & memproses order.
Masih pilih cara berurus niaga guna whatsapp & PM?
Ya, masih berbaloi untuk diteruskan. Medium whatsapp & PM adalah sebahagian daripada ecommerce. Mantapkan sistem ecommerce anda dengan website yang lengkap dengan pilihan produk, pilihan courier & payment gateway.
Kenapa wajib buat ecommerce?
SCALE & GROWTH.
Kita mahu bisnes membesar, berkembang pesat & memberi kepuasan untuk lebih ramai pelanggan. Letih boh asyik melayan whatsapp 24 jam.
Bakpo toksey guno website? Tak mahal pun. Hok murah ada, hok mahal ado. Paling penting, berbaloi boh.
Ecommerce, memudahkan bisnes anda.