5 Perkara Wajib untuk Usahawan Online

Jangan sesekali mengabaikan kewajipan ini. Susah di dunia, susah di akhirat.

1. DAFTAR DENGAN SSM

Peniaga atau syarikat yang tidak berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

– Seksyen 12 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).

2. PAMERKAN MAKLUMAT PRODUK & SYARIKAT

Syarikat yang gagal mempamerkan nama berdaftar dan nombor pendaftaran syarikat boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

– Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016.

3. LINDUNGI DATA PRIVASI PELANGGAN

Mendedah atau menjual data peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik data adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

– Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

4. BAYAR CUKAI

Lewat atau gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sebelum tarikh akhir 30 Jun (e-filing, sebelum 15 Julai) setiap tahun bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan boleh dikenakan penalti sehingga tidak lebih 3 kali ganda cukai yang dikenakan.

– Subseksyen 112(3), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

5. BAYAR ZAKAT

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

– Surah Al-Baqarah, Ayat 267

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *