
1. EAT THAT FROG
– Kalau perlu makan 2 ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu.
Maksudnya, kalau ada 2 kerja penting, siapkan kerja yang paling susah & paling penting dahulu.
– Kalau terpaksa makan katak, makanlah dengan segera. Tak ada gunanya merenung katak itu lama-lama.
Maksudnya, kalau ada kerja yang penting, buat cepat-cepat. Kerja itu takkan siap dengan sekadar merenungnya. Siapkan kerja yang penting sebelum memulakan rutin harian.
2. TEKNIK TERHEBAT BERESKAN KERJA
– Tulis senarai kerja yang penting untuk dibuat. Pensel yang paling tumpul lebih baik daripada minda yang paling tajam. Tulis, supaya kita tak lupa.
– Buat perkara yang betul pada kali pertama adalah lebih baik daripada perlu semak & buat semula.
3. HOW TO BE A PRODUCTIVITY NINJA
– Kosongkan inbox email. Jangan buang masa sepanjang hari untuk tengok email. Peruntukkan blok masa tertentu sahaja untuk proses email.
– Asyik cek email & notifikasi media sosial adalah perbuatan menipu diri sendiri supaya sentiasa kelihatan sibuk.